Hartanah Awie

TUNGGAKAN MAINTENANCE DAN KESANNYA BILA NAK JUAL RUMAH

Tak pasti kenapa dalam Malaysia ni banyak kes yang tak bayar maintenance.

Pernah handle 1 kes dulu, owner beli flat tahun 1986, jual tahun 2016, bayangkan dia tak pernah bayar maintenance sejak dulu.

Masa tu maintenance dia hanya rm30/sebulan. Last skali masa nak jual rumah tu, tunggakan melebihi 10% deposit rumah.

Last update dari pemaju tunggakan rm28k++.

Bila keadaan ni berlaku, hanya buyer je satu-satu harapan untuk tolong advancekan dahulu tunggakan tersebut. Kalau tak proses pindah milik makin lama.

Makin parah apabila strata dah issued, owner masih juga tak buat mot.

Jadi bila nak jual 2016, rumah tu kena buat perfection double transfer.

Pihak Pbt perlukan surat clearance letter dari jmb untuk bagi consent.

Pihak jmb pula tak akan keluarkan clearance letter jika tunggakan masih belum selesai.

Akhirnya hanya buyer yang sanggup bayar lebih dari 10% sahaja boleh proceed.

Dalam tempoh selesaikan perfection first transfer, owner asal perlu bayar advance maintenance untuk 6 bulan lagi walaupun tunggakan lama dah selesai.

Kerana proses perfection tu sendiri ambil masa up to 6 bulan.

Ada sesetengah apartment ni dia caj penalty jika lambat atau tunggakan banyak.

Maka bayar la maintenance jmb macam biasa demi sebab akhirnya bila nak jual nanti, tetap kena bayar full…

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hubungi saya
Hi. Boleh saya bantu?
Powered by