Hartanah Awie

PERBEZAAN MRTT/A DAN MLTT/A

Pertama sekali, MRTT/A dan MLTT/A ini merupakan insuran rumah. Terdapat 2 jenis insurans iaitu insurans konvensional dan islamik.

Apa yang membezakan antara insurans konvensional dan insurans islamik adalah huruf dibelakangnya iaitu ‘A’ Assurance dan ‘T’ Takaful.

Mortgage Reducing Term Assurance/ Mortgage Level Term Assurance (MRTA/MLTA) – Insurans Konvensional

Mortgage Reducing Term Takaful/ Mortgage Level Term Takaful (MRTT/MLTT) – Insurans Islamik

Perbezaan antara MRTT/A dan MLTT/A :

Sumber dari Internet

Secara kesimpulannya, MRTT/A di mana pelan ini akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia, anda mengalami hilang upaya kekal atau anda menghidapi penyakit kritikal.

Manakala, MLTT/A pelan ini akan memberi pulangan tunai yang terjamin di mana dapat membantu keluarga anda sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya kekal sepenuhnya, ‘total permanent disability’ (TPD). Pemegang polisi boleh mencalonkan mana-mana ahli keluarga untuk terima pembayaran jika ada sesuatu berlaku kepada mereka.

Walaubagaimanapun, pembeli rumah bebas untuk memilih yang sesuai dengan keperluan dan kadar faedah.

Pembeli rumah disarankan untuk mengetahui serba sedikit perbezaan di atas supaya lebih peka dan tidak mudah ditipu untuk memudahkan urusan pinjaman rumah pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hubungi saya
Hi. Boleh saya bantu?
Powered by