Hartanah Awie

EARLY VACANT POSSESSION

📎Teringat kes yang lepas, yang mana ada la beberapa kes yang buyer nak masuk awal.

📎Kalau buyer plan beli rumah pastu nak masuk awal pastikan dah di maklumkan pada owner.

📎Jangan last minit baru nak maklum, payah nanti nak adjust.

📎Perlu di ingatkan, janji mulut tak kira ye, sebab manusia ni tiba-tiba je boleh tukar fikiran.

📎Perlu di ingatkan, walaupun rumah tu dah kosong, tak semestinya buyer boleh masuk terus.

📎Rumah tu masih hakmilik owner, sehingga la bayaran penuh ke atas rumah tu selesai.

📎Owner masih kena bayar installment bank macam biasa walaupun dah sign SPA ye.

📎Jika ada sebarang perjanjian buyer nak masuk awal, minta ren tuliskan perjanjian tu, owner perlu setuju secara bertulis.

📎Boleh jadi 2 jenis early vp ni, pertama masuk awal bayar sewa, yang kedua masuk awal tak perlu bayar sewa.

📌Masuk awal bayar sewa
Kalau perjanjian yang ni, walaupun buyer dapat masuk rumah awal, buyer kena bayar sewa pada owner sehingga dapat kunci.

📌Masuk awal tak per bayar sewa
Perjanjian ni pula, ada yang owner sendiri dah offer, kalau buyer agree dengan harga jualan tersebut, harga jualan dah termasuk sewa.

📎Tapi major renovation tak di benarkan, sehingga selesai vp.

📎Paling elok masuk selepas dapat consent, paling afdal selepas 1 disbursement.

📎Jika takde perjanjian, tunggu je la sampai selesai semua urusan ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hubungi saya
Hi. Boleh saya bantu?
Powered by