Hartanah Awie

DAH BAYAR DEPOSIT RUMAH, BOLEH KE OWNER CANCEL??

📎Baru ni nampak ada orang post yang owner dia cancel the deal selepas buyer dah bayar earnest deposit.

📎Ok persoalan dia, boleh ke owner tersebut cancel secara sah.

Ada dua jawapan

1. Boleh
📌Sekiranya owner tu masih belum sign borang otp/booking form. (semua terms hanya valid bila owner sign otp)
📌Dah sign otp, tapi tempoh untuk execute snp dah over. (owner berhak ke atas separuh dari earnest deposit)

2. Tidak boleh
📌Jika owner dah sign otp/booking form.
📌Masih di dalam tempoh execution snp.
(owner perlu bayar ganti rugi sama banyak dengan earnest deposit)

📎Jadi jika anda dah buat offer atau dah bayar pada agency untuk rumah yang nak di beli, jangan risau, duit anda masih selamat, duit anda akan di pulangkan sekiranya owner tak jadi sign otp.

📎Sebagai owner jangan la pula cancel tanpa alasan kukuh jika semua benda ren dah buat.

📎Ada owner tu dia saje nak test market, hati tak nak jual pun, dia suruh ren iklan/jualkan, bila ada offer je dia reject terus. Penat ren tu habiskan duit iklan.

📎Owner yang nak test market ni biasanya ren nak datang inspection pun tak boleh, suruh sign borang lantikan pun tak nak. Lagi teruk gambar rumah tak boleh iklan..

📎Pastikan dulu confirm nak jual baru la lantik ren ye… Jangan buang masa..

Join channel telegram
https://t.me/hartanahheavenawie

Awie Dx KL
~the lone RENger~

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hubungi saya
Hi. Boleh saya bantu?
Powered by