Hartanah Awie

Beli Rumah Guna Income REN/komisyen

✨Ada la 2, 3, orang ren dari agensi lain duk pm macam mana beli rumah guna income ren

✨Sebenarnya memang boleh pun, orang yang gaji tak tetap boleh je beli rumah.

✨Tak semestinya ren sahaja, agent coway, ke takaful ke, segala jenis agent yang kerja takde gaji basic pun boleh beli rumah.

✨Berikut step yang pernah aku buat dulu sebelum memiliki beberapa rumah.

📌Step 1
Mesti kena ada sales, kalau takde sales macam mana nak ada income. Target 1 tahun tu ada at least consistent sales tiap bulan, bank akan kira average income 6bulan – setahun.

📌Step 2
Bila dah ada sales dalam setahun tu, cepat-cepat declare tax borang B tahun berikutnya. Rekod semua perbelanjaan, dapatkan Cp58 (mcm EA form) dari agensi. Belajar kurang kan bayar tax, jangan tak bayar langsung.

📌Step 3
Total dari income setahun tu (rujuk Cp58) anda boleh kira dsr sendiri atau refer banker untuk kelayakan loan. Biasa bank kira 80% sahaja income dari setahun (lain bank lain kiraan)

📌Step 4
Dah tau kelayakan, baru la Misi mencari rumah bermula, kalau nak buat investment sewa, jangan guna dsr sampai full. Beli rumah dari REN jugak, kalau nak beli listing sendiri, appoint la ren untuk uruskan untuk mengelak dari konflict of interest. Baru anda akan lebih menghargai kerja anda tu.

📌Step 5
Dah jumpa rumah, bayar booking la macam biasa, pastu submit loan.

📌Step 6
Prepare document untuk submit loan, payment voucher 6 bulan kena ada, bank statement 6 bulan, ea statement, resit tax paid yang dah bayar.

📌Step 7
Loan lulus, sign snp la, pastu reno cantik sikit kasi sewa la😎

📌Step 8
Hasil dari duit sewakan rumah tadi boleh di jadikan income untuk beli rumah seterusnya.

📌Step 9
Ulang step di atas sampai pengsan…

✨Step 1-3 tu paling penting, ingat komisyen earner pun boleh beli rumah.

Posting iklan rumah, seminar hartanah, tips dan lain2
https://t.me/hartanahheavenawie

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hubungi saya
Hi. Boleh saya bantu?
Powered by