PERANGKAP PERSONAL LOAN

Semua orang rasanya ada mengalami zaman kejatuhan.

Cuma tinggal bagaimana orang tu nak bangkit balik atau kekal sama.

Masa zaman kejatuhan saya, of course masa tu makan gaji, gaya hidup nak mewah macam orang lain.


Kurangnya ilmu pengetahuan pasal kewangan. Sana sini keluar duit. 

Tapi kalau bab kerja memang kuat la, siang kerja despatch malam kerja kedai makan.


Dengan gaji yang ada, ku buat Personal Loan. This is the 1st trap aku yang kena.

Trap pertama pinjam bawah 10k, pastu rasa tak cukup, pinjam lagi. Hidup ni rasa mewah bila ada duit lebih hasil dari PL ni tadi.

Bini pun ikut skali buat PL, mampus dua-dua tak reti, yang mana rasa duit PL tu nak guna untuk emergency, jangan tipu diri sendiri, tu semua untuk sedapkan hati je….


Akhirnya kami terperangkap dalam hutang, gaji kerja hanya untuk bayar hutang.

Kereta hampir kena tarik, sebab tak bayar bulanan dekat 3 bulan.

Rumah sewa, owner berapa kali dah mintak duit sewa, sampai owner sakit hati. Malu rasanya, sebab owner tu baik, kalau orang lain mau kena halau dah tu. 

Hampir beberapa tahun hidup bayar hutang je kerjanya. Yang duit PL tadi tu tak tau pun buat apa, magicnya dia akan habis tanpa kita sedar.

Salah satu hasutan dari banker PL pun kena hati-hati. Mereka ni pun banyak cara nak pastikan kita buat lagi PL selagi boleh.

Banker ni akan call bagitau, nak tambah tak PL lagi, boleh tutup hutang lama dapat cash lagi… Ermm setan betul😂

Pastu kena pulak yang dekat shopping mall, jual credit card tu, pancing pakai mainan dan hadiah pulak, lalu je dia tahan, ‘isi je borang, nanti boleh claim hadiah’. Kuang ajaq…. Isi jugak..

Jangan la terperangkap dengan PL ni, menyesal tak sudah, unless you know what you are doing.

‘isi ini borang, keluar pun berkoyan, korang jangan risau, bayar kemudian’. 


Next post ‘Zaman Kebangkitan’ 

Original fb post 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216051164504670&id=1615906940

Advertisements

Published by awie shariman

Blogger, senior real estate negotiator, team sales manager at chester properties, services include buy, sell, invest and rent all type properties.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: