Belanjawan 2019, sektor hartanah

(Kredit kepada penulis asal Sifu Faizul Ridzuan)

9 pengumuman dan polisi yang akan beri impak kepada pasaran hartanah tahun 2019
.

🔵 SST
Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan. Sebagai balasan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.
.
.

🔵 Rumah mampu milik

Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi.
.
.

🔵 Pengecualian stamp-duty

Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000, Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.
.
.

🔵 Bantu deposit untuk pembeli rumah pertama

Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit
.
.

🔵 Pinjaman untuk kakitangan kerajaan

Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun.
.
.

🔵 Hartanah tak terjual RM22Bil

Bagi menangani isu ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019.
.
.

🔵 Cukai RPGT atau CKHT

Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 5% kepada 10%; dan Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%. Walaubagaimanapun, CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

.
.

🔵 Pinjaman untuk golong b40

Untuk membantu golongan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,300 sebulan memiliki rumah buat kali pertama, dana berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000, sehingga RM1Bil
.
.

🔵 Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta akan dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan daripada kadar cukai 3% kepada 4%.

Advertisements

Published by awie shariman

Blogger, senior real estate negotiator, team sales manager at chester properties, services include buy, sell, invest and rent all type properties.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: